Friday 5 July 2013

Keropok Amplang Sabah






BAHAN-BAHAN:
  • 300gm ikan parang
  • 280gm tepung ubi
  • 20gm tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 30ml minyak
  • Garam dan gula secukup rasa
     
CARA MEMASAK:
  1. Rebuskan ikan dan ambil isinya.
  2. Kemudian, campurkan isi ikan dengan telur dan minyak. Gaul rata.
  3. Masukkan tepung ubi, tepung gandum, garam dan gula secukup rasa.
  4. Uli hingga menjadi doh. Setelah itu, bentuk menjadi bebola kecil dan rebus sehingga masak.
  5. Kemudian, jemur bebola hingga kering.
  6. Apabila ia sudah kering, ia sedia digoreng.
  7. Panaskan minyak dan goreng amplang hingga kembang.
  8. Sedia dinikmati.

Resipi Kelupis Orang Sabah








Bahan-bahan:

300 gm beras pulut - Basuh dan toskan

300 gm santan - tdk terlalu pekat dan tdk terlalu cair

Daun pandan - 2 helai

garam - secukup rasa

Daun nyirik - secukupnya


Cara-cara:

Mula-mula masukkan santan dan daun pandan dalam kuali, guna api perlahan. Biar sampai mendidih dan pecah minyak. Bila minyak timbul sikit dipermukaan santan, bolehlah masukkan beras pulut dan garam. Gaul hingga separuh masak dan santan kering. Angkat dari kuali dan bungkus dalam daun nyirik. Selepas habis membungkus, boleh lah dikukus sehingga kelupis masak...

Tuhau,makanan kaum Kadazan Dusun.









Bahan-Bahan :
1 kati tuhau
1/2 cawan jus limau nipis atau cuka
2-4 bawang merah yang dihiris halus
2– 3 cili merah dihiris halus
Garam secukup rasa
Cara Menyediakan :
Isi Tuhau dihiris halus dan dijeruk dengan bahan-bahan yang lain.

Wednesday 3 July 2013

Kuih cincin





Bahan :
1 gelas air
500g tepung beras
500g gula merah

Cara:
1. Cairkan gula merah bersama dengan 1 gelas air masak dengan api perlahan.
2. Apabila gula telah cair (air gula), tapis air gula tersebut untuk membuang kotoran dan pasir.
3. Didihkan semula air gula dan terus masukkan tepung beras.
4. Gaul rata dan biarkan semalaman.(tp saya biar 2 malam..jadi lagi sedap sbb tepung dan gula dah sebati )
5. Kemudian, bulat2kan tepung..kalau suka besar, bulat la besar.Pastikan bekas yang diletakkan tepung tersebut telah diletakkan sedikit minyak supaya tepung tidak melekat.

Kuih tradisional,kuih penjaram.


BAHAN-BAHAN:
1 bungkus tepung beras
1/2 kg tepung gandum
1/2 kg gula pasir
200 gm gula melaka
500 ml air sejuk
Minyak untuk menggoreng

CARA MENYEDIA­KAN:
1) Ayak tepung beras bersama tepung gandum
2) Masukkan gula pasir dan gaul rata
3) Masukkan gula melaka yang sudah dibancuh dengan air dan tapis.
4)Gaulbersama tepung tadi.Gaul rata
5) Biarkan selama 6 hingga 8 jam barulah digoreng